} Heart&Soul: Time Puasa

Saturday 11 August 2012

Time Puasa

Cerita hari ini.

Bila tengok ja jam tangan menunjukkan 3.00 pm, berebut-rebut la kereta tu di jalan raya. Nak cepat ke Bazaar la katakan. Tapi kalau nak cepat ya pun tolonglah tengok kiri dan kanan tu, bukan main hentam saja. Signal pun tiada,pa benda??!! Sikit jatuh jantung bila kereta tiba-tiba masuk lorong sebelah saya.

Bukan setakat kereta je,motor pun begitu main tarik2 lagi tu minyak, bila tengok sikit lagi mau terbang tu motor dek kelajuan yang mengalahkan kereta sport..Duh..hati-hati lah, bukan lari juga juadah yang disediakan oleh isteri/mama or sumandak kamurang tu,makanan pun nda juga lari.

Tapi inilah hakikat time puasa ni. Semua tidak sabar mau sungkai. Saya bukannya nak kutuk tapi keselamatan itu perlu dijaga silap haribulan berlaku kemalangan, beraya pun tidak sempat. Nasihat ini termasuk juga bagi mereka yang suka bawa laju2 tu, tidak payah lah mau tayang tu kemahiran memandu kamu tu, kalu nak sangat test power daftar nama masuk pertandingan kereta, Hah di sana kamu pandu lah laju2 lagipun sapa menang dia dapat hadiah lagi berbaloi-baloi daripada tayang di jalan raya.Tiada mau puji kutuk berkarung2 adalah..


Pengalaman dan nasihat ini saja nak share, tiada kaitan antara yang hidup atau mati. Kalau makan cili dia terasa pedas, kalu tiada pedas tiada lah kamu makan cili hari ni.." ",

Kalau suka klik LIKE..Adios


No comments:

Post a Comment